Thursday, December 23, 2010

Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010


Sumber : Laporan ini boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia (www.statistics.gov.my).


PENDAHULUAN
Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahulu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.
Maklumat yang diperoleh daripada banci ini adalah pelbagai dan komprehensif. Justeru itu, ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang rapi untuk memproses data muktamad demi menjamin kualitinya. Maka, untuk mendapat gambaran ringkas mengenai bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Laporan Kiraan Permulaan 2010.

RINGKASAN PENEMUAN
Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.
Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.

NISBAH JANTINA
Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

cabaiburung : ehmmmm... penduduk di Malaysia nih dah bertambah seramai lebih 27 Juta. Apa yg 
cabaiburung tertarik mengenai nisbah antara lelaki dan wanita, ternyata jumlah lelaki lebih 
ramai daripada wanita. Selepas ni diharap kaum adam jg jadikan alasan utk berbini lebih drpd 2 
sudah...............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...